Monday, October 8, 2018

Aku

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
Walau kau disiksa
Walau kau dihina
Percayalah Tuhan selalu ada

Yes.. ni memang lirik lagu.
Najwa Latif - Aku

Dah lama aku tak dengar lagu ni. Hari ni terasa nak mainkan lagu-lagu yang ada dalam folder 'Terkini' dalam handphone aku.
Aku tengah menyemak kertas Sejarah Tingkatan 1 apabila tiba-tiba tangan aku rasa berat nak teruskan menyemak bila lagu ni dimainkan.

Dalam benak fikiran aku, bermain-main sama ada aku redha dengan apa yang berlaku atau aku masih lagi tengah menafikan semuanya. Entah la.. aku pun tak tahu.

Kadang-kadang bila hati aku kuat, aku rasa nak maafkan dia.
Kadang-kadang aku rasa aku kena bela nasib aku daripada terus jadi mangsa keadaan. Keadaan yang sengaja dicipta.

To be honest, aku sunyi.
Di sekolah pun, anak-anak yang sebelum ni sentiasa setia menemani aku mula menjauhkan diri. Mungkin perasaan aku saja.. Entah la

Saat-saat macam ni la aku rindukan keluarga aku. Rindukan anak-anak, rindu keriuhan dia orang. Dan bohong la kalau aku cakap aku tak rindukan dia. Tapi.. apakan daya. Kenangan-kenangan ni sebenarnya sangat menyiksakan. Semoga Allah mengurniakan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.

Kalau dia dapat baca apa yang aku tulis ni, aku nak dia tahu yang aku sentiasa menyayangi dan mencintai dia. Perasaan tu tak pernah luntur walau pun sedikit. Aku minta maaf dengan apa yang berlaku. Dan aku maafkan dia dengan apa yang dia dah buat terhadap aku. Semoga Allah kurniakan hikmah yang baik di atas ujian ni. Aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Allah izinkan aku untuk jadi suami dia semula.

Tuesday, October 2, 2018

Peluru

Berkerat rotan berpatah arang, tak mungkin akan bersatu semula..

Aku harus mengangkat dayung dan teruskan mendayung.. tapi.. tak tahu mahu ke kiri atau ke kanan? Menyebabkan aku hanyut di tengah-tengah.

Huh..!! Ayat cikgu Fizik yang dah 8 tahun ajar BM..

Kata orang, kalau nak berubah, kena berhijrah. Tinggalkan yang biasa, cari suasana baru, di tempat yang baru. Bersendirian biar tiada yang kenal.

Tapi ada satu isu yang aku kena buat pertimbangan betul-betul, tanpa pengaruh sesiapa, tanpa emosi, tanpa desakan mana-mana pihak.

ANAK..!!

Biasa kita dengar bila suami ceraikan isteri, dia akan lepaskan anak kepada isteri dan hanya bagi nafkah tiap-tiap bulan. Ni nama dia tanggungjawab.

Dalam kes aku, lain sikit. Aku diperdaya untuk menceraikan dia. Akibatnya, aku kehilangan semua yang telah aku bina selama 7 tahun. Termasuk anak-anak.

Tapi Allah Maha Adil, di saat aku bergelut untuk memperjuangkan hak aku lepas apa yang terjadi, Dia bukakan aku satu jalan. So sekarang aku dah ada senjata dan satu peluru. Yang tinggal hanyalah sama ada aku nak guna senjata tu atau tidak.

Semua orang tahu hak penjagaan anak yang di bawah umur adalah sepenuhnya kepada ibu. Tapi hak itu bukan mutlak, ada syarat-syaratnya. Dan hak tu boleh gugur bila salah satu syarat tu dilanggar. Salah satu daripada perkara yang boleh menggugurkan hak penjagaan bagi ibu ialah si ibu berkelakuan keji mengikut syariat Islam. Nah... itu la peluru aku.

Tapi..

Aku tak tahu la sama ada aku ni baik atau bodoh. Dah ada jalan, tapi aku pilih untuk tak guna cara tu.
Kenapa?
Sebab aku terpaksa buka aib dia kalau aku pilih untuk guna cara tu.
Bro... dia bini aku bro (eh, bekas bini)... Naluri kehaiwanan aku yang akan melindungi keluarga aku tu masih kuat. Aku tak sampai hati nak malukan dia. Walaupun dah tak ada cara lain, cara tu akan jadi cara yang terakhir yang aku akan guna. Kalau terpaksa la.. Bak kata mat saleh, self defense.

So..
Aku tak buat tuntutan...
Ada dia kisah ke? Tak, dia tak kisah pun...
Ada dia hargai apa yang aku buat ni? Gila kau.. ofcoz la tak..

Nak dijadikan cerita, sejak aku bercerai ni, aku memang tak dapat tidur malam. Macam mana nk tidur kalau setiap kali aku nak lelapkan mata je, aku akan terbayang tentang kecurangan dia tu.
So, satu malam tu, aku syak yang sebenarnya dia bawa anak-anak aku keluar jalan-jalan dekat taman haiwan dengan lelaki tu. Assumption ni based on lelaki tu post gambar dia dekat tempat yang sama pada hari yang sama. Aku ni jenis lelaki yang tak percayakan coincident. To me, everything happens for a reason.

Sekali lagi naluri kehaiwanan aku buat aku rasa seolah-olah aku sedang diancam. My territory has been breached... by a married man yang hanya nak ambil kesempatan ke atas ketidak upayaan seorang perempuan yang tengah tenggelam dengan kehendak nafsu.

So aku buat keputusan untuk dapatkan hak penjagaan anak. At least pun untuk seorang. Pagi tu, aku pergi mahkamah untuk failkan tuntutan. Sekali lagi bantuan Allah tu sampai. Aku diperkenalkan dengan seorang lawyer yang boleh bantu aku selesaikan tuntutan ni. Kemudian.. jeng.. jeng.. jeng..
Rupa-rupanya bekas isteri aku dah failkan dua tuntutan. Nafkah dan hak penjagaan anak...
Cis!! Dia lagi cepat daripada aku. Tapi tak jadi masalah, sebab aku tak payah susah-susah failkan tuntutan tu. Aku just kena lawan balik je. Jimat... tak perlu bayar kos. Then, my lawyer ajar aku macam mana untuk counter attack.

Apa yang aku perlu buat adalah nyatakan bahawa aku setuju dengan tuntutan dia dan tawarkan solution yang lain.

Hak penjagaan anak lelaki diberikan kepada aku dan hak penjagaan anak perempuan diberikan kepada dia. Tetapi kedua-dua mereka akan tinggal di rumah bekas isteri dan aku boleh melawat atau ambil mereka untuk bermalam bila-bila masa yang sesuai dengan aku.

Kalau dia tak setuju, ada option yang kedua. Hak penjagaan bersama di mana kedua-dua anak-anak akan tinggal di rumah bekas isteri dan aku boleh melawat atau ambil mereka untuk bermalam bila-bila masa yang sesuai dengan aku.

Dengan cara ni, dia tidak akan dapat hak penjagaan mutlak ke atas anak-anak.

Tetapi..

Kalau dia tetap tidak setuju, aku tak ada pilihan lain selain terpaksa guna peluru tu. Then mahkamah akan tentukan hak penjagaan kepada siapa. Kejam ke aku sebab nak buka aib dia? Tak kot... self defense kan. Its not me who take the first shot.

As of 4 October 2018, aku masih belum terima surat saman ke mahkamah bagi tuntutan-tuntutan yang dia buat ni.

Kalau aku dapat hak penjagaan untuk anak lelaki aku, apa yang aku akan buat?
Yang tu aku akan buat keputusan kemudian. Rancangan tu dah ada, tapi bergantung kepada keizinan Allah.

Diversion dalam Perceraian

Salah satu posting yang aku rasa menarik untuk dikongsikan daripada seorang isteri yang menyedari hakikat tentang tuntutan perceraian yang dibuat terhadap suami yang mana mereka ini menggunakan alasan kelemahan si suami sebagai sebab perceraian tetapi sebaliknya mereka sendiri yang merupakan penyebab utama kepada perceraian tersebut. Eh.. apa benda aku cakap ni. Ala korang baca je la...

[Copy and paste daripada Facebook]

Ramai betul isteri datang ke Mahkamah nak tuntut cerai atas alasan suami sakit.Tak mampu bagi nafkah zahir batin.

Time nak bercerai, bawak 'BAKAL suami' ke Mahkamah, mintak temankan.

Dah selesai kes, gesa mahkamah nak dapatkan perintah secepat mungkin.

Dah dapat perintah mahkamah, laju ke pejabat agama, nak daftarkan cerai.

Lepastu gesa pejabat agama pulak, suruh cepat-cepat keluarkan sijil cerai. Nak nikah lain katanya.

Duk gesa-gesa sana sini, tempoh eddah campak mana?

Yang lagi best, setiap kali berurusan, bawak 'BAKAL suami' teman sama.

Kebanyakan isteri sekarang dah hilang malu.Dah tak peduli halal haram. Agama cuma dalam IC.

Adik, kakak, makcik.

Nak cerai, cerailah.Walaupun Islam tak galakkan, islam juga tak larang.Suami tak mampu bagi nafkah zahir atau batin, tu pun dah boleh jadi syarat untuk tuntut cerai.

TAPI janganlah jadikan ketidakmampuan nafkah tu sebagai alasan utama kalau KITA sebenarnya PUNCA pada semua alasan tu.

Suami sakit, kita main cinta dengan lelaki lain.Rasa 'lega sangat' dapat luah sana sini.Yang lelaki pulak, tunggu masa nak 'ngap'. Jadi stok geli-geli kata orang.Langsung tak rasa berdosa ke?

Ayah pernah ajar saya satu syair arab.Lebih kurang macam ni bunyinya :

لا تظلمنَّ إذا ما كنت مقتدراً # فالظلم مصدره يفدي إلى الندمِ
تنام عيناك والمظلوم منتبه # وعين الله لم تنمِ

'Jangan kamu zalimi orang apabila kamu ada kuasa.
Sesungguhnya kezaliman itu, tempat kembalinya (kesudahannya) adalah menyesal.
Tidur kedua mata kamu (wahai orang2 yang zalim).
Dan orang yang dizalimi akan sentiasa ingat (dan tak henti berdoa kepada Allah).
Dan mata Allah TIDAK PERNAH TIDUR'.

*Semoga Allah mengurniakan pahala ilmu yang bermanfaat pada Allahyarham ayahanda saya, Ust Haji Bakhtiar bin Mohd Yusof*

Ambil pengajaran.

Jangan 'zalimi' suami/ambil kesempatan pada suami atas musibah yang menimpa keatasnya. Suami mungkin tak mampu bela diri saat kamu 'melondehkan' dirinya di hadapan Hakim tapi percayalah, kamu juga tidak akan dapat membela diri saat Allah 'melondehkan' keburukan kamu di mahkamah Allah nanti.

Kenapa saya suka bawa isu orang perempuan? Kerana keburukan orang lelaki sudah sering kita dengar sedangkan keburukan orang perempuan juga sebenarnya sudah setanding dengan lelaki walaupun disorokkan dalam guni.

Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pemutus hukum.Dan ingatlah, Allah itu TIDAK PERNAH tidur.

Pesan emak saya, jangan sibuk berskandal sana sini. Heboh dek orang tu hensem, orang ni kaya. 'Yang hensem, yang kayo tu tak dapek (dapat) tolong awak dalam kubur esok do'.

Deep sigh.Muhasabah.

#Cheat on a good husband and sunnatullah  will make sure u end up with the 'rubbish' u deserve.

Sekian,

Zulaikha Bakhtiar,
Isteri.

Bergelut

Move on je Man.. Banyak lagi perempuan yang lagi baik untuk kau..

Ala cikgu, move on jak la. Sik guna cikgu pikir hal nya gik..

Kadang-kadang rasa muak dengar orang cakap benda yang sama setiap hari. Rasa macam nak sembur je balik "Korang tak rasa, korang boleh la cakap."

Aku terfikir jugak.. aku ni baik sangat ke atau pun naif?
Dia dah buat sampai tahap macam tu pun aku tetap sayangkan dia dan masih nak kembali bersama dengan dia. Apa yang berlaku, aku akan pejam sebelah mata dan anggap benda tu tak pernah berlaku.

Yes, aku akui aku masih sayangkan dia.
Tapi dia?
Kaunselor aku, lawyer aku, kawan-kawan aku, mak bapak aku, adik beradik aku semua cakap benda yang sama.. iaitu.. kalau dia dah buka hati dia dekat orang lain malah bukan hati je yang dia dah buka, maksudnya aku dah tak ada lagi tersisa dalam hati dia.

Sebenarnya, aku masih lagi dalam fasa denial.. cuba untuk nafikan hakikat yang aku dengan dia dah bukan lagi suami isteri. Hakikat ni makin sukar untuk aku terima sejak 22 Jun 2018. Aku masih lagi bergelut antara rasa cinta dengan rasa sakit. Seumur hidup aku, aku tak pernah bersedia pun untuk lalui saat-saat macam ni. Bukan setakat tak bersedia, tapi tak pernah terfikir pun yang aku akan lalui dugaan macam ni.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran..

Monday, October 1, 2018

Ujian atau Balasan?

Ujian atau balasan? Soalan yang sering terbelenggu di dalam benak fikiran aku sejak dari hari pertama aku membujang kembali.

Kalau ianya ujian? Dah tentu dalam hati aku akan tersimpan harapan yang aku akan lulus ujian ini dan suatu hari nanti semuanya akan kembali seperti biasa.

Kalau ianya balasan? Hidup aku akan dibelenggu rasa penyesalan dengan dosa-dosa yang aku dah buat dalam hidup aku. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia.

Jadi.. ujian atau balasan?

Pada awal perceraian, dengan alasan-alasan yang dia beri untuk mewajarkan perceraian ini, aku memang totally defenceless. Diserang dari segenab sudut, tidak berpeluang mendapatkan nasihat, diugut secara halus untuk dimalukan kalau aku cuba melawan. Tertekan? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Jadi, aku melafazkan..

Setelah dua bulan, lain pula cerita. Allah Maha Berkuasa. Dia tunjukkan kepada aku apa sebenarnya yang berlaku. Aku teringat bekas isteri aku pernah berkata, "jangan la sesekali bagi budak-budak main wechat sebab kebanyakan kes keruntuhan akhlak di sekolah berpunca daripada wechat".

Pagi tu, aku terjumpa handphone dia yang dia sorokkan ketika dia mandi. Ada notification di screen. WECHAT!! Dengan mesej "Ok sik apa. Faham sayang. Love u".

Jatung aku masa tu rasa macam berhenti berdenyut sekejap. Aku gagahkan juga untuk buka aplikasi tu dan baca mesej yang lain.

Lepas tu.. THE END..

Sejak dari hari tu, aku masih lagi tak tahu sama ada apa yang menimpa aku ni adalah ujian atau balasan.
Tapi, bantuan Allah tu sentiasa tiba. Petunjuk Allah sentiasa hadir. Setiap kali aku tertanya-tanya.

Powered by Blogger.