Tuesday, October 2, 2018

Peluru

Berkerat rotan berpatah arang, tak mungkin akan bersatu semula..

Aku harus mengangkat dayung dan teruskan mendayung.. tapi.. tak tahu mahu ke kiri atau ke kanan? Menyebabkan aku hanyut di tengah-tengah.

Huh..!! Ayat cikgu Fizik yang dah 8 tahun ajar BM..

Kata orang, kalau nak berubah, kena berhijrah. Tinggalkan yang biasa, cari suasana baru, di tempat yang baru. Bersendirian biar tiada yang kenal.

Tapi ada satu isu yang aku kena buat pertimbangan betul-betul, tanpa pengaruh sesiapa, tanpa emosi, tanpa desakan mana-mana pihak.

ANAK..!!

Biasa kita dengar bila suami ceraikan isteri, dia akan lepaskan anak kepada isteri dan hanya bagi nafkah tiap-tiap bulan. Ni nama dia tanggungjawab.

Dalam kes aku, lain sikit. Aku diperdaya untuk menceraikan dia. Akibatnya, aku kehilangan semua yang telah aku bina selama 7 tahun. Termasuk anak-anak.

Tapi Allah Maha Adil, di saat aku bergelut untuk memperjuangkan hak aku lepas apa yang terjadi, Dia bukakan aku satu jalan. So sekarang aku dah ada senjata dan satu peluru. Yang tinggal hanyalah sama ada aku nak guna senjata tu atau tidak.

Semua orang tahu hak penjagaan anak yang di bawah umur adalah sepenuhnya kepada ibu. Tapi hak itu bukan mutlak, ada syarat-syaratnya. Dan hak tu boleh gugur bila salah satu syarat tu dilanggar. Salah satu daripada perkara yang boleh menggugurkan hak penjagaan bagi ibu ialah si ibu berkelakuan keji mengikut syariat Islam. Nah... itu la peluru aku.

Tapi..

Aku tak tahu la sama ada aku ni baik atau bodoh. Dah ada jalan, tapi aku pilih untuk tak guna cara tu.
Kenapa?
Sebab aku terpaksa buka aib dia kalau aku pilih untuk guna cara tu.
Bro... dia bini aku bro (eh, bekas bini)... Naluri kehaiwanan aku yang akan melindungi keluarga aku tu masih kuat. Aku tak sampai hati nak malukan dia. Walaupun dah tak ada cara lain, cara tu akan jadi cara yang terakhir yang aku akan guna. Kalau terpaksa la.. Bak kata mat saleh, self defense.

So..
Aku tak buat tuntutan...
Ada dia kisah ke? Tak, dia tak kisah pun...
Ada dia hargai apa yang aku buat ni? Gila kau.. ofcoz la tak..

Nak dijadikan cerita, sejak aku bercerai ni, aku memang tak dapat tidur malam. Macam mana nk tidur kalau setiap kali aku nak lelapkan mata je, aku akan terbayang tentang kecurangan dia tu.
So, satu malam tu, aku syak yang sebenarnya dia bawa anak-anak aku keluar jalan-jalan dekat taman haiwan dengan lelaki tu. Assumption ni based on lelaki tu post gambar dia dekat tempat yang sama pada hari yang sama. Aku ni jenis lelaki yang tak percayakan coincident. To me, everything happens for a reason.

Sekali lagi naluri kehaiwanan aku buat aku rasa seolah-olah aku sedang diancam. My territory has been breached... by a married man yang hanya nak ambil kesempatan ke atas ketidak upayaan seorang perempuan yang tengah tenggelam dengan kehendak nafsu.

So aku buat keputusan untuk dapatkan hak penjagaan anak. At least pun untuk seorang. Pagi tu, aku pergi mahkamah untuk failkan tuntutan. Sekali lagi bantuan Allah tu sampai. Aku diperkenalkan dengan seorang lawyer yang boleh bantu aku selesaikan tuntutan ni. Kemudian.. jeng.. jeng.. jeng..
Rupa-rupanya bekas isteri aku dah failkan dua tuntutan. Nafkah dan hak penjagaan anak...
Cis!! Dia lagi cepat daripada aku. Tapi tak jadi masalah, sebab aku tak payah susah-susah failkan tuntutan tu. Aku just kena lawan balik je. Jimat... tak perlu bayar kos. Then, my lawyer ajar aku macam mana untuk counter attack.

Apa yang aku perlu buat adalah nyatakan bahawa aku setuju dengan tuntutan dia dan tawarkan solution yang lain.

Hak penjagaan anak lelaki diberikan kepada aku dan hak penjagaan anak perempuan diberikan kepada dia. Tetapi kedua-dua mereka akan tinggal di rumah bekas isteri dan aku boleh melawat atau ambil mereka untuk bermalam bila-bila masa yang sesuai dengan aku.

Kalau dia tak setuju, ada option yang kedua. Hak penjagaan bersama di mana kedua-dua anak-anak akan tinggal di rumah bekas isteri dan aku boleh melawat atau ambil mereka untuk bermalam bila-bila masa yang sesuai dengan aku.

Dengan cara ni, dia tidak akan dapat hak penjagaan mutlak ke atas anak-anak.

Tetapi..

Kalau dia tetap tidak setuju, aku tak ada pilihan lain selain terpaksa guna peluru tu. Then mahkamah akan tentukan hak penjagaan kepada siapa. Kejam ke aku sebab nak buka aib dia? Tak kot... self defense kan. Its not me who take the first shot.

As of 4 October 2018, aku masih belum terima surat saman ke mahkamah bagi tuntutan-tuntutan yang dia buat ni.

Kalau aku dapat hak penjagaan untuk anak lelaki aku, apa yang aku akan buat?
Yang tu aku akan buat keputusan kemudian. Rancangan tu dah ada, tapi bergantung kepada keizinan Allah.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.