Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
Walau kau disiksa
Walau kau dihina
Percayalah Tuhan selalu ada
Yes.. ni memang lirik lagu.
Najwa Latif - Aku
Dah lama aku tak dengar lagu ni. Hari ni terasa nak mainkan lagu-lagu yang ada dalam folder 'Terkini' dalam handphone aku.
Aku tengah menyemak kertas Sejarah Tingkatan 1 apabila tiba-tiba tangan aku rasa berat nak teruskan menyemak bila lagu ni dimainkan.
Dalam benak fikiran aku, bermain-main sama ada aku redha dengan apa yang berlaku atau aku masih lagi tengah menafikan semuanya. Entah la.. aku pun tak tahu.
Kadang-kadang bila hati aku kuat, aku rasa nak maafkan dia.
Kadang-kadang aku rasa aku kena bela nasib aku daripada terus jadi mangsa keadaan. Keadaan yang sengaja dicipta.
To be honest, aku sunyi.
Di sekolah pun, anak-anak yang sebelum ni sentiasa setia menemani aku mula menjauhkan diri. Mungkin perasaan aku saja.. Entah la
Saat-saat macam ni la aku rindukan keluarga aku. Rindukan anak-anak, rindu keriuhan dia orang. Dan bohong la kalau aku cakap aku tak rindukan dia. Tapi.. apakan daya. Kenangan-kenangan ni sebenarnya sangat menyiksakan. Semoga Allah mengurniakan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini.
Kalau dia dapat baca apa yang aku tulis ni, aku nak dia tahu yang aku sentiasa menyayangi dan mencintai dia. Perasaan tu tak pernah luntur walau pun sedikit. Aku minta maaf dengan apa yang berlaku. Dan aku maafkan dia dengan apa yang dia dah buat terhadap aku. Semoga Allah kurniakan hikmah yang baik di atas ujian ni. Aku sentiasa berdoa agar suatu hari nanti Allah izinkan aku untuk jadi suami dia semula.
Search
Nuffnang Ads
Popular Posts
-
Ingatlah dunia hanya sementara Tuhan yang Esa adalah segala-galanya Walau kau disiksa Walau kau dihina Percayalah Tuhan selalu ada Yes...
-
Salah satu posting yang aku rasa menarik untuk dikongsikan daripada seorang isteri yang menyedari hakikat tentang tuntutan perceraian yang d...
-
Berkerat rotan berpatah arang, tak mungkin akan bersatu semula.. Aku harus mengangkat dayung dan teruskan mendayung.. tapi.. tak tahu mahu ...
-
18 Disember 2011, last posting aku sebelum ni. Empat bulan selepas aku kawin. Ironinya, hari ni 30 September 2018, lima bulan selepas aku be...
-
Move on je Man.. Banyak lagi perempuan yang lagi baik untuk kau.. Ala cikgu, move on jak la. Sik guna cikgu pikir hal nya gik.. Kadan...
-
Ujian atau balasan? Soalan yang sering terbelenggu di dalam benak fikiran aku sejak dari hari pertama aku membujang kembali. Kalau ianya uj...
0 comments:
Post a Comment