Sunday, September 30, 2018

The Return

18 Disember 2011, last posting aku sebelum ni. Empat bulan selepas aku kawin. Ironinya, hari ni 30 September 2018, lima bulan selepas aku bercerai.

Dah lama sebenarnya aku rasa nak start menulis balik. Sebab bila aku rindu dekat dia, aku akan search nama dia di google. Dan akan keluar la semua post-post dia di blog yang dia pernah tulis dulu.

So aku rasa mungkin menulis ni salah satu cara yang aku boleh buat untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku. Biar la tak ada orang yang membaca atau memberi komen pun. Itu lebih baik daripada aku bercerita kepada kawan-kawan aku atau kepada sesiapa saja tentang perkara ni. Aku tak nak membuka aib sesiapa. Walau pun setelah bercerai, dalam hati aku, dia masih lagi isteri aku, sebahagian daripada hidup aku. Ya, sebahagian yang telah hilang. Telah dirampas daripada hidup aku.

Selepas ini, blog ni akan lebih berfungsi sebagai catatan hidup aku sebagai bapa tunggal yang sentiasa berjuang demi mengembalikan kebahagiaan diri dan anak-anak aku.

The first step yang aku akan buat adalah aku akan padam semua post aku sebelum ni dan reset semuanya.

Semoga dengan cara ini, aku akan mendapat ketenangan yang aku cari.

Amin...

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.